Teori Pembelajaran
Rujukan:

1. Biggie, M. L. 1982. Learning theories for teachers (4th Ed.). New York: Harper&Row.

2. Amir Awang. 1986. Teori-teori pembelajaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

3. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. Strategi pengajaran pembelajaran sains sekolah rendah. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.


Masalah dalam mempelajari Teori Pembelajaran:

1. Terdapat terlalu banyak pendapat

2. Banyak pendapat yang berlapis

3. Terdapat terlalu banyak istilah

4. Kesukaran menukarkan istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia


Pembahagian mengikut fahaman mengenai proses pemikiran:

1. Kumpulan Disiplin Mental

2. Apperception 3. Pelaziman 4. Kognitif

Pembahagian mengikut pemahaman kumpulan yang membuat teori:

1. Humanis

2. Behaviouris

3. Neobehaviouris

4. Kognitif Sosial

5. Kognitif


Pembahagian mengikut cara pembelajaran dikaji:

1. Humanistik

2. Atomistik

3. Mekanistik

4. Holostik

(Walau pun terdapat perbezaan kategori psikilogi pembelajaran, kebanyakan guru

bersikap ‘eclectic’ iaitu mengambil jalan tengah antara beberapa pendapat

untuk disesuaikan dalam situasi pengajaran pembelajaran dalam kelas)


Teori-Teori Disiplin Mental Dari Keluarga Mind-Substance

Tidak berasaskan kajian.

Menganggap minda sebagai bahan pengetahuan (substance of knowledge).

Minda adalah suatu bahan bukan fizikal yang non-spatial (tidak berada di bahagian tertentu) dan berada dalam keadaan dormant atau menerawang. Oleh itu minda perlu didisiplinkan.

Bahagian-bahagian (fakulti) minda seperti ingatan (memory) , kehendak (willpower) , penakulan (reasoning) dan ketekalan (perseverance) adalah otot-otot kepada minda. Seperti otot-otot fizikal, fakulti minda perlu didisiplinkan melalui latihan bagi membolehkan minda berfungsi dengan baik untuk menghasilkan \tingkahlaku yang baik.

Menganggap bahawa aspek kesan latihan akan terus hadir walaupun bahan yang dipelajari (respon dan rangsangan) telah tiada atau dilupakan.

Humanistik awal

1. Disiplin Mental Kemanusiaan

- Sistem Psikologi : Kemanusiaan Klasik.

- Persepsi pembelajaran : minda neutral aktif yang boleh diperkembang melalui latihan

- Pindahan Pembelajaran: minda yang dipupuk (intelek)

- Penekanan pengajaran : latihan kuasa mental dalaman

- Peranan guru : Membantu murid mengenali apa yang ada dalam minda mereka Pendokong: Plato, Aristotle, M.J. Adler 2. Disiplin Mental Theistic

- Sistem Psikologi : Psikologi Fakulti Minda

- Persepsi pembelajaran : pandangan serong terhadap sesuatu sehingga diatasi

- Pindahan Pembelajaran: Latihan ke atas fakulti-fakulti minda, pemindahan automatik

- Penekanan pengajaran : latihan fakulti minda

- Peranan guru : memilih jenis latihan dan mendisiplinkan mental pelajar melalui latihan

Pendokong: St. Augustine, J. Calvin, C. Wolff

3. Kesedaran semulajadi (Self Actualization - Natural Unfoldment)

- Sistem Psikologi : Kemanusiaan Psikedelik (romantic naturalism)

- Persepsi pembelajaran : Individu secara semula jadi mempunyai sahsiah aktif yang baik

- Pindahan Pembelajaran: Ingatan semula sejarah (tiada pemindahan perlu)

- Penekanan pengajaran : pendidikan negatif/permisif berpusatkan perasaan

- Peranan guru : Beranggapan murid belajar dengan cara membuka apa yang telah dianugerahkan

Pendokong:

Teori Apperception (Herbartian)

- Sistem Psikologi : penstrukturan minda (Associationism - Structuralism)

- Persepsi pembelajaran : minda pasif yang terdiri dari struktur mental (mental states)

- Pindahan Pembelajaran: Mengaitkan sesuatu dengan apa yang telah diketahui - Penekanan pengajaran : Penambahan struktur mental/idea baru ke kawasan penyimpanan di - Peranan guru : Memberitahu sesuatu dan fungsi serta cara menggunakannya serta mengaitkan Pendokong: J. Locke (Associationism) Apperception adalah merupakan pembelajaran berpusatkan idea.

Pemikiran tentang sesuatu idea timbul apabila ia zahir dalam kesedaran sesorang dan diasimilasikan dengan idea-idea lain yang ada dalam keadaan sedar pada ketika itu.

Apperception dianggap sebagai proses mengaitkan sesuatu baru dengan idea lama.

Persepsi terhadap sesuatu adalah bergantung kepada bagaiman ia dapat dikaitkan dengan idea yang sedia ada (all perceptions are apperception).

Minda dianggap sebagai bahan struktur (bukan bahan pengetahuan) hasil pengaitan (association) maklumat yang diterima dari luar dengan idea-idea yang terkandung yang sedia ada dalam minda.

Pengetahuan datang dari luar individu

Fungsi minda adalah membuat perkaitan (association) antara bahan-bahan yang diterimanya serta menggabungkannya dengan nilai intrinsik yang ada padanya.

Minda merupakan penstrukturan hasil perkaitan maklumat yang diterima dengan idea yang sedia ada bagi membentuk pengetahuan.

Minda bermula tanpa apa-apa pengetahuan (tabula rasa) dan terbentuk hasil pengalaman hidup

Idea boleh berada dalam minda yang sedar (conscious) atau bawah sedar (sub-conscious).

Banyak idea boleh berada di bahagian sedar tetapi akhirnya hanya satu sahaja yang difokus dan yang lainnya akan ke bahagian bawah sedar. Kebanyakan idea akan berada di bahagian bawah sedar dan boleh diangkat ke bahagian sedar pada bila-bila masa. Lebih kerap sesuatu idea diangkat ke bahagian sedar, lebih mudah ia diangkat maka lebih mudah diingat.

Hasil membandingkan pelbagai idea yang ada menimbulkan pemikiran konsep dan pemahaman.

Tiga tahap pembelajaran menurut pandangan apperception

Minda dipupuk oleh persekitaran dan bukan sesuatu yang turun temurun (hereditary).

Pemikiran yang betul akan menghasilkan tindakan yang betul Maka jika guru membawa urutan idea yang betul, tindakan yang diharapkan akan terhasil. Membawa kepada pandangan bahawa guru boleh mencorakkan pemikiran murid

Mengajar merupakan aktiviti merangsang perkembangan berbanding melatih bahagian-bahagian minda seperti yang dianggnp oleh pendokong teori disiplin mental. Tugas guru dalam membawa idea baru adalah dengan melihat pengalaman yang telah ada dalam minda pelajar.

Pengalaman itu kemudian diperluas dan diperkaya dengan pengalaman baru. Guru yang dapat merangsang minda pelajar terlebih dahulu akan mendapat perhatian dari pelajar. Dengan mengawal pengalaman pelajar, guru akan membina minda pelajar dan seterusnya mengawal corak pemikiran pelajar dan seterusnya sikap dan sahsiah pelajar

Langkah-langkah Pengajaran Herbartian:

Kelemahan Pengajaran Gaya Herbartian Kelemahan Teori Apperceptian

Teori Perhubungan dan Pelaziman Rangsangan-Gerak Balas dari keluarga Behavioristik

Berdasarkan kajian saintifik.

Pandangan behaviouris adalah manusia bersifat pasif/reaktif terhadap persekitaran.

Pembelajaran merupakan perubahan dalam tingkah laku yang boleh diperhatikan.

Berlaku hasil perhubungan Rangsangan-Gerak Balas berdasarkan prinsip mekanistik.

Guru berusaha mengubah tingkahlaku murid yang boleh diperhatikan secara signifikan melalui organisasi rangsangan yang diberikan kepada murid.

Guru merancang perubahan dan melaksanakan proses melalui kaedah pendedahan dan latihan.

Gerak balas akan diikuti peneguhan sebagai feedback kepada murid. Murid akan bertindak keatas peneguhan bagi memberikan gerak balas yang sesuai

1. Teori hubungan Rangsangan-Gerak balas (connectionism)

- Sistem Psikologi : Perhubungan

- Persepsi pembelajaran : kemungkinan pelbagai hubungan R-GB

- Pindahan Pembelajaran: pembelajaran melalui perkaitan perkara yang serupa

- Penekanan pengajaran : promotion of acquisition of desired S-R connections

Pendokong: Thorndike (connectionism - Laws of Learning)

b) Teori Pelaziman Tanpa Peneguhan (Pelaziman Klasikal)

- Sistem Psikologi : Pelaziman Klasikal (stimulus substitution)

- Persepsi pembelajaran : gerakbalas dalaman & emosi

- Pindahan Pembelajaran: melalui respon/refleks yang terlazim

- Penekanan pengajaran : promotion of adhesion of desired response to appropriate stimuli

Pendokong:

c) Teori Pelaziman Operan (Pelaziman Melalui Peneguhan)

- Sistem Psikologi : Pelaziman Instrumental/Operan (response modification)

- Persepsi pembelajaran : gerakbalas refleks dalaman dan keperluan

- Pindahan Pembelajaran: gerakbalas hasil peneguhan/pelaziman serta induksi

- Penekanan pengajaran : perubahan persekitaran yang berurutan dan sistematik perlu bagi Pendokong: Psikologi behaviouristik mempunyai empat aliran asas: Sejarah Teori-Teori Behaviouristik

Herbart berminat tentang struktur mental tapi tidak mengkajinya secara saintifik.

W. Wundt seorang pakar perubatan berminat tentang penstrukturan minda bertukar ke bidang fisiologi dan psikologi. Beliau adalah pengasas makmal fisiologi pertama dalam sejarah dunia moden dengan kajian terhadap minda kendiri (introspection) Kajian Wundt diperluas kepada kajian tentang minda asing berdasarkan tingkah laku serta perubahan fisiologi yang boleh dilihat.

P. Florence pula mencadangkan bahawa dapatan hasil kajian terhadap binatang boleh aplikasikan kepada manusia. Cadangan ini diterima umum kerana menjadikan kajian psikologi lebih mudah, mudah dan selesa. Cth: Kajian oleh I. P. Pavlov Pavlov menghidangkan makanan kepada anjing sejurus selepas membunyikan loceng mendapati setelah beberapa lama, hanya dengan membunyikan loceng anjing akan mengeluarkan air liur. Merupakan model klasikal Teori Rangsang-Gerakbalas.

E.L. Thorndike menggabungkan pendapat Herbart tentang association dengan dapatan ahli fisiologi dengan mengatakan terdapat perhubungan (connection) antara unit fizikal dengan unit mental ketika pembelajaran. Dapatan kajian terhadap tingkah laku kucing yang dikurung, telah membawa beliau kepada mengutarakan:

I. P. Pavlov menunjukkan bahawa pelaziman klasik berlaku apabila sesuatu rangsangan akan menimbulkan gerakbalas yang khusus. Gerakbalas yang ditunjukkan merupakan pembelajaran dari timbulnya rangsangan.

Behaviouris Tulen

J.B. Watson menolak kaitan mental dalam pendapat Thorndike dan cuba mengutarakan teori yang lebih berdasarkan perubahan tingkahlaku sepenuhnya dan yang boleh dijawab berdasarkan konsep fizik dan kimia semata-mata. Behaviouris seperti beliau mengatakan manusia sebagai satu badan yang self- maintaining yang terdiri dari sistem penerima (reseptor - organ sensori), pengalir (conductor-neuron), organ pengubah-aliran (switching organs - brain & spinal ccord) dan afektor (otot) yang menggerakkan organ-organ yang pengerak (tulang), pembekal (usus) dan pengawal (kelenjar).

Kumpulan behaviouris itu mencadangkan gantian rangsangan ‘stimulus substitution’ sebagai asas pembelajaran. Menurut pandangan ini, ganjaran boleh digantikan dengan arahan yang sesuai

Mereka juga menolak psikologi purposif. Mereka mengatakan bahawa apa yang difikir dan mahukan oleh pemikiran dalaman tidak ada kaitan dengan pembelajaran. Sebaliknya pembelajaran berlaku apabila terdapat rangsangan yang mencukupi yang akhirnya akan sentiasa menghasilkan gerakbalas yang diharapkan. Pembelajaran sepatutnya dilihat keseluruhannya dari gerakbalas yang ditunjukkan hasil rangsangan yang diberikan. Pandangan mereka tentang psikologi mental sama seperti pandangan seorang doktor modem terhadap seorang dukun.

E.R Gutherie juga seorang ahli psikologi pelaziman klasikal mengemukakan pendapat mengenai Pelaziman Sejajar (Contigous Conditioning). Beliau menganggap pembelajaran sebagai suatu proses yang mengejut yang terhasil dari perubahan rangsangan dan bukan pengurangan kehendak. Menurut Gutherie, proses pengukuhan perhubungan R-GB (pelaziman) berlaku dengan sekali pembentukan hubungan rangasangan - gerakbalas yang serentak dan mengejut. Pengulangan hanya akan menambahkan bilangan hubungan R-GB dan bukannya menguatkan hubungan R-GB yang sedia ada.

Oleh kerana pelaziman boleh berlaku dengan hanya satu perhubungan yang akan sepanjang hayat, maka tidak perlu ada konsep ganjaran (peneguhan), nikmat atau pengurangan kehendak bagi menerangakan pembelajaran. Dalam erti kata lain, dengan mencelah kepada perhubungan yang terbentuk (invoke the point of connection) menggunakan rangsangan yang tertentu, seseorang itu boleh diarah menghasilkan gerakbalas. Pendapat Gutherie itu dapat menjawap kenapa berlakunya pembelajaran yang tidak diasaskan ganjaran (mungkin juga menjawap kenapa berlaku hipnosis).

Neobehaviouris

Neobehaviouris adalah merupakan sekumpulan ahli psikologi yang turut membincangkan pembelajaran dalam bentuk yang mekanistik tetapi lebih menekan kepada pengubahsuaian gerakbalas (response modification), berbanding gantian rangsangan (stimulus substitution) yang dibincangakan Watson. Di antara neobehaviouris yang terkenal adalah B.F. Skinner, A. Bandura, R.M. Gagne dan N.E. Miller.

Kajian Thorndike telah membawa pendapat kepada pendapat neobehaviouris tentang pembelajaran melalui Pelaziman Operan (Pelaziman Instrumental) Melalui pelaziman operan, gerak balas akan dilakukan jika kesan dari gerakbalas itu akan membawa pulangan yang baik kepada organisma. Iaitu organisma menerima ‘feedback’ dari gerkbalasnya dan belajar bahawa jika ia mengharapkan sesuatu yang baik, ia harus menunjukkan gerakbalas yang tertentu apabila rangsangan pertama timbul. Pengubahsuaian gerakbalas menjelaskan bahawa sesuatu gerakbalas boleh diperkukuh, dikurangkan atau ditukar, bergantung kepada perkara-perkara yang berlaku selepas gerakbalas ditunjukkan. Diantara perkara itu termasuk peneguhan, samada dalam bentuk ganjaran atau dendaan.

Neobehaviouris juga cuba menjelaskan tindakan yang bersifat purposif. Mereka menyatakan terdapat rangsangan yang lebih kuat sehingga menyebabkan sesuatu organisma itu bertindak mengikut corak yang tertentu. Satu contoh adalah seperti gerakbalas yang ditunjukkan selepas mendapat sesuatu yang menyebabkan kurangnya kehendak (drive reduction) selepas timbul sesuatu rangsangan yang menyebabkan kehendak yang kuat seperti kehendak kelaparan dan nafsu seks.

Neobehaviouris juga mempunyai pendekatan yang holostik (membincangkan keseluruhan) berbanding behaviouris awal yang lebih bersifat atomistik (membincangkan elemen- elemen) sesuatu situasi. Mereka juga membincangkan tentang kelakuan keseluruhan dan sifat stimulus apabila membincangkan tentang pembelajaran. Namun mereka mengelak dari membincangkan tentang adanya kelakuan yang berasaskan pemikiran dalaman dan intelek.

Menurut Neobehaviouris, pembelajaran adalah pembentukan tabiat yang agak kekal yang tidak dirancang. Tabiat terbentuk melalui pelaziman yang menyebabkan samada suatu gerakbalas tertentu dikaitkan kepada suatu rangsangan tertentu atau meningkatkan kebarangkalian berlakunya gerakbalas tertentu. Mereka menggangap tingkahlaku sebagai gerak balas yang boleh diperhatikan hasil rangsangan yang dikenakan. Gerak balas berkenaan boleh berbentuk: Responden - tingkahlaku yang ditimbulkan secara terus oleh rangsangan. atau Operan - tingkahlaku yang dikawal oleh kesan melakukan gerakbalas berkenaan, iaitu rangsangan yang akan diterima seterusnya akibat dari gerakbalas yang ditunjukkannya.

C.L. Hull melalui Teori Peneguhan Hasil Pengurangan Kehendak menyatakan pembelajaran berlaku hasil adaptasi organisma terhadap persekitaran dalam usaha memperkukuhkan kemandirian (survival). Menurut teori Hull, rangsangan datang sebelum gerakbalas dan tidak perhubungan R-GB yang terbentuk tidak berlaku secara mengejut, sebaliknya melalui tekanan hasil untuk mengurangkan kehendak. Satu keadaan berkehendak menunjukkan bahawa survival organisma terjejas. Keadaan berkehendak merupakan satu rangsangan yang datang dari dalam organisma. Tindakan tertentu akan dilakukan oleh organisma untuk mengurangkan kehendaknya. Tindakan yang menyebabkan berlakunya pengurangan kehendak merupakan peneguhan kepada tindakan berkenaan.

B.F. Skinner pula berpendapat pembelajaran sebenar berlaku hasil rangsangan (peneguh) yang timbul selepas gerakbalas dilakukan. Melalui Teori Pelaziman Operan, Skinner menyatakan bahawa sesuatu organisma perlu melakukan sesuatu gerakbalas terhadap sesuatu rangangan dan menerima ganjaran hasil gerakbalasnya itu. Ganjaran berkenaan merupakan rangsangan yang mengawal kemungkinan berlakunya gerakbalas yang serupa apabila timbul rangsangan yang sama. Ganjaran yang positif memberi isyarat bahawa gerakbalas itu sesuai manakala ganjaran negatif menunjukkan sebaliknya. Dengan itu organisma akan mengubah gerakbalas bagi mendapatkan ganjaran yang diharapkannya.

Intipati pembelajaran mengikut pendapat Skinner adalah pengubahsuaian gerakbalas dan bukan penggantian rangsangan. Begitu juga rangsangan pertama yang menyebabkan berlakunya gerakbalas tidak memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.

Perbezaan Pelaziman Klasikal dan Pelaziman Operan

Peneguhan

Gerakbalas akan lebih kukuh jika feedback merupakan peneguhan positif.

Kepupusan (extinction) gerakbalas pula berlaku jika feedback merupakan peneguhan negatif, iaitu organisma belajar bahawa ia tidak boleh melakukukan gerakbalas berkenaan jika timbul rangsangan pertama.

Tujuan peneguhan dalam konteks pengajaran pembelajaran

Jenis-jenis peneguhan:

Jenis 1:

Jenis 2:
Peneguhan Positif
Peneguhan Negatif
ganjaran
hukuman
rela
paksa
suka
sakit
baik
buruk
mendorong gerakbalas 
menghalang gerakbalas 

Jenis 3:

i) peneguhan berterusan

ii) peneguhan berkala

Teori-teori Kognitif

Berdasarkan kajian saintifik

Pandangan Gestalt adalah manusia bersifat interaktif terhadap persekitaran

Pembelajaran berkait rapat dengan persepsi sesuatu organisma terhadap medan psikologinya. Pembelajaran adalah proses mendapat atau mengubah pemahaman (insight), pandangan, harapan dan corak pemikiran.

Menggunakan istilah individu (organisme), persekitaran psikologi (persekitaran fizikal/biologi) dan interaksi (aksi/reaksi)

Mendefinisikan pembelajaran sebagai penyusunan semula medan persepsi dan kognitif individu bagi memndapatkan pemahaman.

Guru mendorong dan menolong murid mengubah pemahaman mereka terhadap masalah dan situasi yan signifikan.

a) Teori Pemahaman Dalaman(Insight)

- Sistem Psikologi : Psikologi Gestalt

-Persepsi pembelajaran : tindakan adalah menurut undang-undang psikologi pengurusan

- Pindahan Pembelajaran: Transposition of generalized insights

- Penekanan pengajaran : memperkembangkan pembelajaran berdasarkan apa yang difikirkan secara dalaman (promotion of insightful learning)

Pendokong: Wertheimer, Kohler, Koffka & Lewin

b) Goal-Insight (Pemahaman yang bermatlamat)

- Sistem Psikologi : Configurationalisme

- Persepsi pembelajaran : purposeful individual in sequential relationship with environment

- Pindahan Pembelajaran: melalui pemahaman yang teruji

- Penekanan pengajaran : membantu pelajar dalam perkembangan dengan memupuk pemahaman yang berkualiti (high quality insights)

Pendokong: Bode, Weeler, Bayles

c) Medan Kognitif

- Sistem Psikologi : Positive Relativism

- Persepsi pembelajaran : purposive individual in simultaneous mutual interaction with psycological environment

- Pindahan Pembelajaran: continuity of life spaces, experiences or insights

- Penekanan pengajaran : help students gain new insights into their contemporaneous situations

Pendokong: Lewin, Dewey, Tolman, Bruner, Koch, Bigge Vygotsky, Piaget,

Sejarah Teori Kognitif

Wertheimer, Kohler, Koffka & Lewin merupakan empat ahli psikologi German yang berhijrah ke Amerika Syarikat dengan membawa konsep psikologi Gestalt, iaitu konsep psikologi yang berasaskan configurasi minda yang akhirnya membawa kepada psikologi medan kognitif. Pendapat Gestalt menyatakan sesuatu dapat difahami dengan mempelajari keseluruahnnya dan tidak jika hanya mempelajari bahagian-bahagiannya. Sesuatu yang keseluruhannya tersusun adalah lebih besar kesannya dari komponennya.

Kumpulan Gestalt menyatakan bahawa alam semesta lebih mudah difahami melalui undang- undang penyusunan atau prisip-prinsip ketertiban berbanding melalui mempelajari bahan asas alam itu sendiri.

Ernst Mach menyatakan bahawa psikologi perlu mengambil kira sensasi yang dirasai oleh orang yang mengalami sesuatu walaupun tidak menuruti undang-undang fizikal seperti sensasi perhubungan. Von Ehrenfels menyatakan bahawa seseorang yang mengalami sesuatu akan cuba memberikan sesuatu bentuk, configurasi atau makna kepada susunan bahan fizikal yang ada disekitarnya, iaitu cuba integrate atau organize apa yang beliau lihat dan alami berdasarkan kualiti yang ada pada bahan fizikal berkenaan. Pandangan ini telah menimbulkan istilah 'Gestaltqualitat' yang bermaksud kualiti yang dihasilkan sesuatu corak susunan.

Para pendokong Gestalt berpendapat seseoarang berusaha mengorganisasikan persepsinya agar mudah dan jelas berpandukan kestabilan, kebiasaan dan simetri. Seseorang itu akan mengumpulkan item bagi membentuk satu corak dan merujuk kepada item-item dari segi lengkapnya sesuatu (completeness) dan akan mengekalkannya jika corak itu membawa makna.

Mereka mengutarakan undang-undang Pragnanz iaitu:

Kohler melalui buku ‘Mentality of Apes’ hasil kajian ke atas sekumpulan chimpanzee menceritakan chimpanzee mempunyai corak pembelajaran yang ada ciri-ciri pemikiran dalaman (insightful) dan tidak hanya berasaskan cuba jaya seperti yang dinyatakan Thorndike.

J. Piaget adalah seorang ahli kognitif yang banyak menyumbang kepada kemajuan TeoriKognitif

Piaget mengemukakan pandangan mengenai penstrukturan minda berdasarkan penstrukturan struktur kognitif. Piaget berpendapat pembelajaran melalui beberapa tahap (zaman) berdasarkan perkembangan fisiologi dan kesan persekitaran.

Proses pembelajaran mengikut fahaman Piaget

Cara sesuatu rangsangan baru diproses mengikut Teori Piaget R. Sperry & Ornstein mengemukakan Teori Fungsi Otak Terbelah Dua
 
Kawalan Otak Kiri
Kawalan Otak Kanan
bahasa
pola
nombor
bentuk
fakta/logik
imaginasi
urutan/linear
dimensi
analisa
manupilasi/globalisasi
lirik
ritma/rentak
bukti
penerokaan idea
objektif
subjektif
tersurat
tersirat
kecenderungan analitik
kecenderungan global

Ciri-ciri pelajar global/analitik
 

Pelajar Analitik
Pelajar Global
belajar sendiri  belajar bersama rakan sebaya 
suka belajar dalam cahaya terang  suka belajar dalam cahaya samar 
makan selepas selesai kerja makan semasa kerja 
kedudukan belajar formal  kedudukan belajar tidak formal 
akukan kerja satu per satu lakukan beberapa kerja serentak


Teori Konstruktivisme

Fahaman konstruktivisme adalah pendapat mengenai pembelajaran sebagai persepsi individu berdasarkan pengalaman (berbanding fahaman objektivisme yang berpendapat mengenai pembelajaran sebagai aktiviti penerimaan pengetahuan secara mutlak)

Pendekatan konstruktivisme terhadap pembelajaran adalah lanjutan dari fahaman Piaget tentang bagaimana seseorang itu memproses maklumat hasil rangsangan yang diterimanya.

Turut penting dalam memehami fahaman Konstruktivism adalah keupayaan seorang yang berbeza dari segi penggunaan otak kiri/otak kanan bagi membentuk pelajar yang Global atau Analitik

Perbandingan antara fahaman objektivisme dan fahaman konstruktivisme
 

Fahaman Objektivisme Fahaman Konstruktivisme 
pengetahuan wujud secara bebas dan bersifat mutlak  pengetahuan tidak bersifat mutlak, apa yang diketahui dan faham hanyalah persepsi seseorang terhadap maklumat yang diterima 
pengetahuan boleh dipindah dari seorangke seorang yang lain secara pakej  pengetahuan tidak dapat dipindah secara keseluruhan kerana setiap manusia mempunyai persepsi tersendiri terhadap sesuatu berdasarkan pengalaman 
pembelajaran adalah proses penerimaan pengetahuan secara pakej  pembelajaran mempunyai perkaitan dengan struktur kognitif, pembentukan skemata, asimilasi, adaptasi dan equilbrium hasil tindakan ke atas maklumat yang diterima
guru merupakan sumber ilmu utama guru hanya pemudah cara kepada pencapaian ilmu pengetahuan 
pengajaran bertujuan menyalurkan ilmu pengetahuan dari guru kepada murid  pengajaran bertujuan menyusun dan membina konsep dan pengalaman murid semua murid mempunyai keupayaan yang sama untuk mentafsir sesuatu maklumat perbezaan pengalaman murid boleh menyebabkan apa yang mereka faham dan bagaimana mereka membentuk idea hasil maklumat yang diterima adalah berbeza
semua murid dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan guru terhadap apa yang disampaikan oleh guru  setiap individu mempunyai persepsi yang berlainan terhadap apa yang diajar berdasarkan pengalaman masing-masing 
guru mempunyai kata putus tentang apa yang harus diketahui oleh murid guru perlu merubah peranan mengikut pengalaman dan kefahaman murid kerana proses pengubahsuaian konsep adalah proses yang berterusan 
murid diuji untuk mengetahui samada beliau dapat merekod dan mentafsir maklumat seperti mana yang diharapkan oleh guru  murid diuji untuk mengetahui tahap kefahaman dan cara beliau mengendalikan maklumat yang diterima 
murid dianggap bijak apabila mereka memberi respon yang diharapkan oleh guru  murid dianggap bijak apabila mereka memberi respon yang konstruktif terhadap apa yang dibimbing oleh guru walaupun respon iatu di luar tahap kefahaman guru 
guru dianggap sebagai pengawal disiplin dan penguatkuasa peraturan pembelajaran  guru dianggap sebagai pengurus kelas yang menangani masalah disiplin murid yang berbeza bagi menyesuaikan mereka dengan tahap kefahaman masing-masing
guru tidak mengharapkan apa-apa pertambahan ilmu atau peningkatan kefahaman tentang bidang yang diajar hasil interaksi dengan murid  guru turut meningkatkan kefahaman tentang bidang yang diajar hasil interaksi dengan murid

Peranan guru dalam proses pengajaran pembelajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme