LAKSA JOHOR (Untuk 40 Orang)
Bahan Kuah
Bahan A: Dikisar
3 kg ikan kembong - rebus dan ambil isi
3 inci ikan parang besar - rebus dan ambil isi (PILIHAN)
3 inci ikan kurau kering -bakar dan tumbuk (PILIHAN)
Bahan B: Dikisar
1 mangkuk udang basah - isi sahaja dan rebus
1 cawan udang kering - rendam
Bahan C: Dikisar
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
10 biji lada merah basah
1 inci belacan - bakar
Bahan D: Dikisar
8 batang serai besar - potong kecil
4 inci halia besar - potong kecil
2 inci langkuas besar - potong kecil (PILIHAN)
Bahan E: Untuk ditumis
1 batang serai - dititik
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris kasar
Bahan lain:
2 senduk minyak masak - untuk menumis
1 mangkuk rempah kari ikan - rendam dahulu jika kering
3 biji kelapa - dapatkan LEBIH KURANG 2 periuk nasi santan cair
1 mangkuk kecil kerisik kelapa (KALAU LEBIH BANYAK LEBIH SEDAP)
2 sudu cili giling
1 sudu teh lada sulah
7 keping asam gelugor
1 genggam asam jawa diperah untuk ambil semangkuk air asam garam secukup rasa
Ajinomoto bungkusan RM 0.10 (PILIHAN)
Cara membuat kuah:
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan Bahan E hingga naik bau wangi.
3. Masukkan rempah kari dan terus tumiskan.
4. Bila bau tumisan sudah naik, masukkan bahan-bahan lain. (Bahan A, B, C, D, santan,
kerisik, air asam jawa, asam gelugor, lada sulah, garam dan ajinomoto).
5. Apabila mendidih, kecilkan api dan biarkan kuah mereneh dengan perlahan
sehingga naik minyak.
6. Keluarkan asam gelugor apabila kuah sudah cukup masam.
Bahan lain
3 paket Sphagetti (500 gm)
- didihkan satu periuk air yang dimasukkan sedikit garam (1 sudu untuk setiap paket).
- Apabila air mendidih, masukkan sphagetti dan didihkan sehingga sphagetti masak
(warna mula putih dan putus apabila dipicit).
- Masukkan air sejuk sehingga sphagetti boleh dipegang.
- Tapis dan gulung sphagetti menjadi gegelung kecil yang dipanggil "cap".
- Susun cap sphagetti atas kain untuk mengelakkan dari melekat.
3 batang mentimun
- Buang kulit luar. Kerat melintang menjadi beberapa buku kecil.
- Potong secara keliling menjadi satu kepingan nipis yang panjang.
- Jangan ambil empulur.
- Gulung kepingan mentimun dan hiris secara melintang menjadi gegelung yang halus.
1/2 kilogram tauge
- Beli yang belum kena rendam dalam air.
- Buang ekor dan simpan. Basuh sebelum dihidang.
4 biji bawang besar - Belah dua. Hiris nipis secara melintang.
Jeruk Lobak
Sambal belacan (+limau)
Daun Kesum (PILIHAN)
Daun Selasih (PILIHAN)
Daun Pudina (PILIHAN)
Hal-hal lain
1. Kalau tidak ada ikan parang, ikan tenggiri boleh digunakan.
2. Cili basah boleh digantikan dengan cili boh.
3. Rempah atau kerisik boleh ditambah ketika memasak kuah.
4. Kuah menjadi lebih pekat dan sedap apabila direnehkan lama di atas api. Oleh itu jika kuah hendak digunakan untuk makan pukul 10.00 pagi, eloklah kuah mula ditumis pada malam sebelum itu dan direnehkan lebih sehingga naik minyak sebelum api ditutup.</P>